Program Orientasi eKelas Pi Jerijeh 2019
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 & 19 Januari 2019 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan orientasi bagi perserta untuk program ekelas yang julung kali diadakan di Pi Jerijeh. Tujuan orientasi ini diadakan adalah untuk memberi gambaran awal pada peserta mengenai program ini dan manfaatnya kepada pelajar terutamanya dalam pelajaran. Pada sesi orientasi ini, pelajar diberi taklimat ringkas menerusi live yang dibawa khas oleh wakil maxis. Secara umumnya, ekelas adalah satu Program Komuniti dari Maxis dan merupakan inovasi pendidikan digital secara percuma kepada murid/pelajar sekolah yang berminat. Diharapkan program ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.
Program yang berlangsung dua hari berturut-turut sekitar Jam 2.00 petang sampai 4.00. Program Orientasi eKelas turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 28 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: